Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kepulangan Dr M mungkin selamatkan Singapura'
Diterbitkan:  Jul 23, 2018 1:26 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Sekembali beliau ke Putrajaya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuang masa mengingatkan Singapura mengapa republik itu begitu lega menyaksikan beliau beredar pada tahun 2003, menurut satu artikel dalam Nikkei Asian Review.

"Hanya 74 hari menjadi perdana menteri buat kali kedua, Mahathir mempertikaikan projek kereta api berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura (HSR).

"Beliau mencadangkan bayaran lebih tinggi ke atas Singapura bagi bekalan air dari Malaysia. Beliau menuntut rundingan semula Perkongsian Trans-Pasifik, sebuah perjanjian perdagangan serantau yang merangkumi Singapura," tulis William Pesek, wartawan yang berpangkalan di Tokyo.

Bagaimanapun, Pesek berkata mungkin ada hikmahnya kemunculan semula Dr Mahathir buat republik itu yang kini diterajui oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang memerlukan satu kejutan.

Beliau menegaskan bahawa data Bank Dunia kini menunjukkan Malaysia berada di landasan betul untuk mengemudi semula kedudukan teratas dalam KDNK berbanding Singapura.

"Saya akui, perbandingan sebegini mungkin cetek atau tidak tepat...

"Tetapi dua kaveat menambah drama untuk pertandingan antara Malaysia dan Singapura. Pada tahun 2015, Singapura, dengan penduduk 5.6 juta, bergembira apabila mereka mengatasi Malaysia, yang mempunyai 32 juta penduduk.

"Kejayaan itu menjadi kebanggaan negara berkenaan sehingga Lee Kuan Yew yang dianggap bapa pemodenan Singapura meniggal dunia. Selepas itu Malaysia dan Singapura tidak berkembang jauh dari segi pembangunan," katanya.

Menurut perangkaan Bank Dunia, Pesek berkata, pengeluaran Malaysia mencecah $314.5 bilion (RM937.21 bilion).

Pada 2017, Malaysia hanya $9.4 bilion (RM28.012 bilion) di bawah Singapura yang mencatat $323.9 bilion (RM965.22 bilion) dan jurang itu dijangka semakin mengecil dengan Malaysia mencatat 5.5 peratus perkembangan melebihi Singapura yang berada pada kadar 3.1 peratus.

"Malaysia (sebelum ini), semestinya, bukanlah teladan ekonomi yang baik. Apabila rakyat Malaysia mengundi untuk menggantikan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN ia menandakan perkembangan yang besar.

"Sangat menggembirakan apabila Dr Mahathir dan Pakatan Harapan pantas mengheret Najib ke muka keadilan. Dan sudah tentu lebih menggembirakan apabila Dr Mahathir mengambil tindakan yang telus.

"Data ekonomi kerajaan Najib yang meragukan membuatkan pakar statistik Beijing rasa malu. Pentadbiran Dr Mahthir memberi penjelasan terhadap situasi sebenar kewangan Malaysia meskipun ia akan memberi kesan kepada pasaran," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS