Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid nafi terbabit dalam kes penipuan pekerja Nepal
Diterbitkan:  Jul 23, 2018 1:22 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan pembabitannya dengan skim penipuan yang didakwa mengutip lebih RM185 juta daripada pekerja Nepal selama tempoh lima tahun.

Ketua pembangkang itu menyangkal laporan berita Nepali Times, yang mendakwa seorang anggota keluarganya mendapat keuntungan dari kontrak untuk mengendalikan permohonan para pekerja dari Nepal yang ingin ke Malaysia.

Bestinet Sdn Bhd didakwa telah ditubuhkan oleh adik iparnya, Amin Abdul Nor.

“Orang Bangladesh la Amin tu, saya tak ada ipar nama Amin,. Saya tak ada saham satu sen (pun) di syarikat (itu), syarikat itu memang ada (wujud) perniagaan sebelum saya masuk (menyertai) KDN (kementerian dalam negeri).

“Itu sebab saya kata perlu disiasat. Cakap, saya sedia disiasat dan saya tidak takut.

“Saya sedia disiasat, saya sedia untuk dikemukakan bukti kalau saya terlibat atau saya masalah guna kuasa atau mana-mana ahli keluarga saya yang terlibat, sila lakukan siasatan dan saya sedia berdepan,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga presiden Umno berkata beliau tidak mempunyai anggota keluarga bernama Amin Abdul Nor seperti yang didakwa.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS