Khairy Jamaluddin menuntut presidennya Datuk Seri Zahid Hamidi “menunjukkan kepimpinan” dengan mengecam kenyataan pemimpin akar umbinya Razlan Rafii mengenai kematian seorang wakil rakyat DAP.
“Presiden parti @Zahid_Hamidi mesti kecam kenyataan sebegini. Belajar dari apa yang berlaku.
“Orang ramai menolak parti ini kerana individu-individu yang buat dan bercakap perkara tidak betul.
“Mesti tunjukkan kepimpinan. Tiada gunanya pemimpin bawahan saja yang mengutuk,” kata Khairy, bekas ketua Pemuda Umno, yang kalah dalam perebutan merebut kerusi presiden dengan Zahid baru-baru ini.
Party president @Zahid_Hamidi must condemn statements like this. Learn from what happened. The public rejected the party because of individuals in the party that say and do the wrong things. Must show leadership. No point if only lesser leaders chastise. https://t.co/0g8IAqtFuU
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) 20 July 2018
Baca: Akhirnya Razlan minta maaf
Bekas ketua Umno Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii hari ini menyifatkan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng yang meninggal dunia awal pagi ini sebagai “suka fitnah dan hati busuk kepada rakyat Malaysia”.
Dihubungi Malaysiakini, Razlan berkata beliau tidak berniat untuk menghina mendiang, malah turut mendoakan agar Ng dengan ungkapan “RIP” (bersemadi dengan tenang).