Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada lagi kasut putih untuk murid tahun depan

Murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih mulai tahun depan apabila Kementerian Pelajaran membuat peraturan baru mulai tahun depan.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata mulai penggal 2019 pelajar akan dibenarkan memakai kasut hitam.

"Mulai tahun depan kita akan pakai kasut hitam untuk murid-murid.

"Tiada lagi kasut putih," katanya di Shah Alam hari ini.

Kata anggota parlimen Simpang Renggam itu, keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Menurut Maszlee, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi disebabkan penggunaan kasut putih.

"Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih.

Kata Maszlee lagi, beliau turut komited untuk meringankan beban pelajar yang terpaksa menggalas beg berat setiap kali ke sekolah.

"Mereka juga tidak perlu galas beg berat lagi," katanya semasa menghadiri program Bicara Minda Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berhasrat melihat pelajar boleh menguasai lebih daripada tiga bahasa melalui sistem pendidikan negara dalam masa lima tahun.

Beliau juga berkata kementerian sudah meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dengan memperkasakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

"Dewan Bahasa dan Pustaka akan dilihat sama taraf seperti British Council bagi tujuan tingkatkan bahasa tanah air dan serantau," katanya.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS