Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ambulans terbabas di lebuh raya utara-selatan
Diterbitkan:  Jul 19, 2018 10:04 AM
Dikemaskini: 2:12 AM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa pada 18 Julai 2018 sekitar jam 6.25 petang, telah berlaku satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah ambulans Hospital Sultan Abdul Halim.

Kemalangan itu berlaku di KM 81.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Alor Setar, berhampiran dengan pekan Gurun.

"Ambulan ini dalam perjalanan menghantar seorang pesakit yang menghidap penyakit dan jangkitan yang serius bagi mendapatkan rawatan subkepakaran di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)," kata Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizam Ismail dalam satu kenyataan hari ini.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berwajib
namun maklumat awal mendapati ianya kemungkinan berkaitan dengan tayar ambulan yang meletup dan mengakibatkan kenderaan ambulan terbabas ke tepi lebuhraya," tambahnya.

Selain siasatan pihak polis, tambahnya, KKM juga akan
menjalankan siasatan terperinci berkaitan insiden ini termasuk menyemak aspek berkaitan dengan ambulans tersebut.

Selain pemandu ambulans, terdapat 5 orang penumpang yang terdiri seorang pegawai perubatan, seorang jururawat terlatih, seorang pesakit, seorang pembantu perawat kesihatan dan seorang pengiring/waris pesakit.

"Panggilan kecemasan telah diterima pada pukul 6.31 petang dan ambulans rapid response HSB telah tiba di tempat kejadian pada pukul 6.59 petang dan rawatan kecemasan telah diberi, 4 orang mangsa (termasuk pesakit) telah di bawa dengan 2 buah ambulan ke HSB.

"Manakala 2 lagi kakitangan yang terlibat iaitu pemandu dan pembantu perawatan kesihatan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim.

"Dukacita dimaklumkan bahawa keadaan pesakit tersebut telah merosot dan kemudian telah meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 8.40 malam pada hari yang sama.

"Bedah siasat akan dijalankan hari ini untuk mengenal pasti punca kematian beliau. Kesemua mangsa-mangsa lain turut mengalami kecederaan, tetapi adalah berada dalam keadaan stabil.

"KKM ingin mengucapkan takziah kepada kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini," kata Dr Norhizan.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS