Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khir Toyo dispekulasi mahu keluar Umno kerana kecewa Jamal menang
Diterbitkan:  Jul 1, 2018 11:51 PM
Dikemaskini: 3:59 PM

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dispekulasikan bercadang keluar Umno kerana kecewa Datuk Seri Jamal Mohamad Yunus terpilih jadi semula menjadi ketua Bahagian Sungai Besar.

Mohamad Khir dikatakan memberi gambaran itu melalui Whatsapp memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa meninggalkan Umno, seperti dilapor Sinar Harian.

“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.

“Orang yang dalam buruan polis dengan longgokan kes jenayah yang masih menantinya masih dipilih kerana pengaruh wang,” kata mesej yang dipercayai dihantar Mohamad Khir.

Bagaimanapun, Mohamad Khir enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi itu apabila dihubungi akhbar berkenaan.

Mohamad Khir menambah dia akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Mohamad Khir sebelum ini juga berhasrat merebut jawatan itu namun tidak layak kerana mempunyai sabitan kes rasuah.

Jamal berjaya mempertahankan jawatan ketua Bahagian Sungai Besar dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Dia kini dalam buruan polis berhubung kes memecahkan botol arak di hadapan pejabat pentadbiran negeri Selangor dan dakwaan gambarnya memegang senjata api

Jamal dipercayai bersembunyi di Indonesia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS