Kutipan Tabung Harapan bagi membantu ekonomi negara kini melebihi angka RM100 juta.
Kementerian Kewangan melalui Facebook sebentar tadi berkata jumlah kutipan terkini sebanyak RM108,215.946.39, berbanding lebih kurang RM92 juta semalam.
"Terima kasih rakyat Malaysia," kata kementerian di media sosialnya itu.
Tabung itu diperkenal bagi orang ramai membantu ekonomi negara, terutamanya selepas kerajaan baru mendakwa mewarisi hutang lebih RM1 trilion dari BN yang memerintah 61 tahun.