Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Zahid: Tukar DNA kita dari pemerintah pada pembangkang

Kekalahan dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu dilihat wujudnya keperluan untuk mengubah “DNA pemerintah” kepada “DNA pembangkang”, kata pemangku presidennya, Datuk Ahmad Zahi Hamidi.

"Saya harus melihat DNA Umno dan BN (sebelum ini) bukan merupakan DNA kepembangkangan biarpun ada negeri-negeri yang Umno jadi pembangkang.

"Tetapi di peringkat pusat Umno sebelum ini kita adalah kerajaan, maka DNA itu harus diubah.

"Pemikiran, tindakan serta segala aktiviti yang dilakukan hendaklah bersifat kepembangkangan kecuali di Pahang dan Perlis," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis Hari Raya Aidilfitri Umno Kelantan, di Kota Bharu, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga calon presiden Umno berkata, beliau mahu anggota parlimen dan anggota dewan undangan negeri (ADUN) yang mewakili Umno dan BN mempunyai sifat-sifat pembangkang.

Menurutnya, sifat kepembangkangan itu bukan untuk tujuan destruktif tetapi harus konstruktif penubuhan parti itu bertujuan memperkasa kedudukan Islam, Melayu dan institusi raja.

"Ini yang kita mahu supaya ahli-ahli lebih memahami dan saya harap fikrah dan pemikiran ini dapat difahami oleh semua ahli. Saya dan rakan-rakan akan sama-sama menterjemahkan iltizam dan azam ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS