Salah satu pihak penganjur program Jualan Harapan Rakyat mengakui menjadi suatu kesilapan memaparkan logo Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) tanpa izin pada papan tanda dan sepanduknya .
Pengarah Urusan Nurani Resources Sdn Bhd, Ali Hassan, bagaimanapun berkata program yang bertujuan untuk menjual barangan basah pada harga murah masih diteruskan tanpa menggunakan kementerian pertanian dan logo Fama.
Ali memberitahu Malaysiakini kesilapan penggunaan logo itu berpunca daripada salah faham.
"Ianya agro bazar dan kita ingat agro bazar ini di bawah FAMA. FAMA ni bawah kementerian pertanian, itu kesilapan kita, katanya ketika dihubungi sambil memmintan maaf kepada FAMA kerana menggunakan logonya tanpa keizinan.
Namun menurut Ali beliau hanya mahu memperbaiki imej FAMA kerana orang sering percaya barangan yang dijual di pasar agro bazar dan pasar tani adalah mahal.
Jualan Harapan, bukan Pakatan Harapan
Mengenai penggunaan logo Pakatan Harapan, Ali berkata mereka menggunakannya kerana ramai orang cukup ghairah mengenai kerajaan baru HARAPAN dan orang ramai mempunyai harapan yang tinggi supaya kos sara hidup dapat turun.
Ali berkata nama Jualan Harapan Rakyat akan dikekalkan untuk program ini, tetapi gaya rekaan ejaan telah diubah supaya tidak sama dengan yang digunakan Pakatan Harapan.
Program ini mendapat sorotanselepas Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempersoalkan jika Pakatan Harapan menyalahgunakan jentera kerajaan.
Kementerian pertanian dan FAMA telah menjelaskan pihaknya tidak terlibat dan walaupun memuji program berkenaan, ia memberi amaran terhadap penggunaan logo mereka tanpa kebenaran.