Paling Popular
Terkini

Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai masih orang yang sama dan hanya bertukar baju.

Tengku Razaleigh, atau dikenali sebagai Ku Li, berkata demikian sebagai tidak bersetuju dengan pendapat yang melihat Dr Mahathir kembali ke kabinet sebagai perdana menteri yang menyokong pembaharuan.

"Dia (Dr Mahathir) macam itu 23 tahun lalu, dia mcam itu 22 tahun lalu. Saya fikir dia masih macam itu sekarang," katanya dalam sidang media hari ini.

"Dia bukan lagi diktator? Tengok pada barisan pimpinan. Sebuah parti yang hanya lahir beberapa tahun lalu, meerajui kerajaan di Kedah, Perak, Johor dan negeri lain. Dan tengok berapa kerusi yang diorang ada.

"Dia masih orang sama, tapi dia dah buang baju lama," katanya merujuk Dr Mahathir yang juga merupakan pengerusi Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

BERSATU hanya memenangi 13 kerusi parlimen daripada 222 namun, sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14, Pakatan Harapan (HARAPAN) awal tahun ini sepakat menjadikan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri ketujuh.

Kini, selepas kemenangan HARAPAN, BERSATU menerajui negeri Kedah, Perak dan johor meskipun mereka bukan parti komponen HARAPAN yang memenangi kerusi paling banyak di negeri itu.

[Berita lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS