Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Zahid ikut jejak presiden PAS jumpa Mahathir
Diterbitkan:  Jun 7, 2018 1:19 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Pemangku presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjadi pemimpin utama pembangkang yang ketiga mengunjungi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Syukur alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

"Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua," katanya.

Sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diiringi Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan bekas setiausaha agung PAS Mustafa Ali mengunjungi Dr Mahathir di pejabatnya.

Selain itu, hujung Mei lalu, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut mengunjungi Dr Mahathir dan memaklumkan keputusannya untuk membawa PBB keluar BN.

Sementara itu, tahun lalu, Ahmad Zahid membidas Dr Mahathir dengan mempersoalkan asal-usul pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Susulan itu, Dr Mahathir mengecam Ahmad Zahid dengan mendakwa beliau mempunyai kekayaan luar biasa dan merancang menjatuhkan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak.

 

 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS