Faiz Rice Sdn Bhd hari ini diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah RM4.25 juta kepada Syarikat Faiza Sdn Bhd dalam satu kes membabitkan pertikaian keluarga dan pelanggaran hak cipta.
Mahkamah mengarahkan kuantum diberikan kepada Faiza Sdn Bhd berupa ganti rugi pampasan RM3.9 juta, ganti rugi kerosakan RM100,000, ganti rugi teladan sebanyak RM100,000, dan ganti rugi khas sebanyak RM60,000 atau RM10,000 bagi setiap enam jenama beras yang melanggar hak cipta.
Perintah itu dibuat oleh Hakim Wong Kian Kheong.
Dua tahun lalu, mahkamah mendapati Faiz Rice melanggar undang-undang hak cipta yang menyebabkan kehilangan pendapatan kepada Faiza.
Faiza dan pengarah urusannya Faiza Bawumi Sayed Ahmad bertindak menyaman Faiz Rice yang dimiliki anak kedua Faiza, Fikri Abu Bakar kerana melanggar hak cipta.
Hami Wong, bagaimanapun, tidak menetapkan kos dan menetapkan 26 Jun untuk menentukannya.