Minggu lalu, pemaju hartanah Tan Sri Ting Pek Khiing berjaya menarik perhatian ramai selepas kurang menonjolkan diri rendah selama 16 tahun, mendakwa beliau akan memulakan projek bernilai RM30 bilion di Langkawi.
Ini menimbulkan kebimbangan kapitalisme kroni akan muncul semula selepas Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri sekali lagi.
Bagaimanapun, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan kerajaan negeri belum menerima sebarang cadangan rasmi berkenaan projek Ting.
Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dipetik wawancara The Star sebagai berkata ahli perniagaan yang terlibat dalam kontroversi projek Empangan Bakun di Sarawak ketika pentadbiran Mahathir kali pertama sebagai perdana menteri itu perlu bersara.
"Nasihat saya kepada Tan Sri Ting ialah: 'Semoga sihat-walafiat dan yang terbaik terus bersara. Tolong bantu kerajaan dengan tidak mencemarkan imejnya '.
"Jika beliau serius, biarkan anak-anaknya melakukan projek itu. Tapi tunjukkan yang wang itu ada," tambahnya.
Daim, yang menganggotai Majlis Penasihat berkata beliau juga akan menasihatkan kerajaan untuk menganugerahkan semua projek melalui tender terbuka.
Anggota lain Majlis Penasihat ialah bekas Gabernor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas presiden Petronas, Tan Sri Hassan Marican, pakar ekonomi KS Jomo dan hartawan yang berpengkalan di Hong Kong, Tan Sri Robert Kuok.