Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan tamat khidmat 3 syarikat pengambilan pekerja PATI

Perkhidmatan ketiga-tiga syarikat vendor yang mendapat kontrak Jabatan Imigresen untuk mengambil semula pekerja pendatang asing tanpa izin (PATI) akan ditamatkan pada akhir bulan ini.

Tiga syarikat itu ialah MyEG Services Sdn Bhd, Iman Resources Sdn Bhd dan Bukti Megah Sdn Bhd, jelas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

"Sebagaimana yang disebutkan sebelumnya oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelaksanaan pengambilan semula pekerja itu dijadualkan berakhir pada 30 Jun.

"Program ini sedang dijalankan oleh tiga vendor - MyEG, Bukti Megah dan Iman Resources," kata Mustafar yang sebelum ini bersama-sama Muhyiddin memerhatikan operasi imigresen terhadap pendatang tanpa izin di Jalan Petaling di Kuala Lumpur.

"Dengan keputusan kerajaan seperti yang disebut oleh Menteri Dalam Negeri, semua program ini akan ditamatkan pada akhir bulan Jun," kata Mustafar.

Pada masa lalu, pengkritik mempersoalkan keputusan pentadbiran Barisan Nasional memberikan tiga syarikat itu dengan kontrak monopoli untuk memproses permohonan semula kepada pekerja PATI.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan menyentuh individu yang kononnya dikaitkan dengan Umno telah mendapat manfaat daripada pelantikan syarikat-syarikat berkenaan untuk menjalankan proses yang boleh dilakukan secara langsung oleh Jabatan Imigresen.

[Berita penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS