Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tabung Harapan kutip RM18.6 juta dalam 48 jam
Diterbitkan:  Jun 1, 2018 4:26 PM
Dikemaskini: 9:11 AM

Lebih RM18.6 juta telah dikumpulkan Tabung Harapan Malaysia setakat 3 petang tadi.

Jumlah ini meningkat lebih dua kali ganda daripada jumlah yang dikumpulkan semalam, iaitu sebanyak RM7 juta.

Tabung Harapan Malaysia ditubuhkan pada Rabu lalu sebagai hasrat rakyat Malaysia yang ingin menyumbang terhadap ikhtiar kerajaan untuk mengurangkan tahap hutang negara.

Putrajaya berkata hutang dan liabiliti negara melebihi RM1 trilion.

The Star sebelum ini melaporkan terdapat akaun palsu yang menyamar sebagai Dana Harapan atau Tabung Harapan.

Nombor akaun rasmi Maybank untuk Tabung Harapan Malaysia adalah 5660 1062 6452.

Manakala itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam suatu kenyataan mengucapkan terima kasih atas sumbangan sukarela dan derma ikhlas rakyat Malaysia.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS