Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tabung Harapan cecah RM7 juta
Diterbitkan:  May 31, 2018 4:25 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Kurang 24 jam selepas pelancarannya, semalam, Tabung Harapan Malaysia berjaya mencecah lebih RM7 juta.

Sambil melabel perkembangan itu sebagai "prestasi luar biasa" Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, kerajaan komited untuk telus dengan setiap sen yang diterima daripada rakyat.

“Oleh kerana dana ini membabitkan dana disumbangkan oleh rakyat, kerajaan adalah komited untuk mengamalkan ketelusan bagi setiap sen yang diterima.

“Sehubungan itu, jumlah sebenar kutipan itu akan dikemaskini setiap hari di laman sesawang www.treasury.gov.my dan platform media sosial Kementerian Kewangan.

“Bagi pihak Kerajaan Persekutuan, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas keprihatinan dan sumbangan ikhas itu,” katanya.

Menurut Lim, derma ikhlas itu membuktikan sejauh mana tahap patriotisme rakyat Malaysia apabila sanggup menyerahkan wang mereka bagi membantu usaha pembinaan semula negara ini.

"Tabung adalah sebagai saluran untuk rakyat menzahirkan semangat patriotisme dalam mengurangkan hutang negara," katanya.

Lim turut menasihati rakyat Malaysia yang menderma untuk menyimpan resit transaksi masing-masing bagi tujuan mendapatkan pengurangan cukai di bawah subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

"Bagi tujuan pemotongan cukai, rakyat Malaysia yang mendermakan kepada tabung ini dinasihatkan supaya menyimpan resit transaksi, seperti yang dinyatakan di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967," katanya pada sidang akhbar, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata tabung itu akan diuruskan mengikut prinsip cekap, amanah dan telus (CAT).

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS