Kerajaan baru membuat keputusan untuk menyemak semula keputusan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh tiga tahun yang dibuat pada 2016.
Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata keputusan itu dibuat kerana dasar kerajaan Pakatan Harapan yang mahu mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
“Kita akan benarkan pekerja asing berdasarkan keperluan tetapi keutamaan diberikan kepada pekerja kita dahulu.
“Fikir tentang utamakan rakyat Malaysia, yang lain, kedua.
“Semua perjanjian dan persekutuan dengan kerajaan lain, kita akan semak semula,” katanya sambil berkata ia kehendak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.