Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy memastikan sama ada syarikat itu mampu membayar faedah pinjaman RM143.75 juta sebelum tarikh akhir 30 Mei.
Lim berkata, Arul semasa pentadbiran kerajaan lama berkata 1MDB mampu membayar hutang sendiri.
Lim bekata, beliau dimaklumkan oleh Timbalan Ketua Perbendaharaan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa bahawa penyelesaian faedah pinjaman 1MDB itu adalah antara perkara paling penting diselesaikan di tempoh-tempoh awal lantikannya.