Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'ADUN BN Melaka habiskan peruntukan kurang 5 bulan'
Diterbitkan:  May 21, 2018 11:58 PM
Dikemaskini: Jun 4, 2018 7:05 AM

Anggota exco Melaka yang baru, Ginie Lim mendakwa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dari penggal yang lepas telah menghabiskan peruntukan kepada mereka bagi tahun 2018.

Beliau berkata peruntukan itu khusus diberikan di bawah Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah yang telah memberikan taklimat mengenai kedudukan kewangannya hari ini.

Lim, yang merupakan ADUN Machap Jaya, berkata berdasarkan taklimat itu, peruntukan tersebut berjumlah RM3.9 juta termasuk RM380,000 untuk ADUN dan RM500,000 untuk anggota exco.

"Kekotoran yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri BN memberi kesan kepada usaha kerajaan Pakatan Harapan untuk memperbaiki keadaan. Ia tidak adil kepada pengundi serta kerajaan semasa," katanya dalam satu kenyataan.

Lim berkata peruntukan itu sepatutnya digunakan pada separuh pertama dan separuh kedua tahun ini dan bukan dihabiskan pada suku pertama.

Katanya senario itu menunjukkan salah gunakuasa dalam meluluskan peruntukan kewangan.

Melaka menyaksikan penubuhan kerajaan baru selepas BN tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS