Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda MCA tunduk kalah, mohon maaf gagal
Diterbitkan:  May 18, 2018 11:44 PM
Dikemaskini: 3:47 PM

Jawatankuasa Eksekutif Pusat Pemuda (CEC) hari ini tunduk membungkuk mengakui kekalahannya serta meminta maaf kepada rakyat dan parti kerana gagal dalam pilihan raya umum ke-14.

"Sebagai parti yang memerintah dalam kerajaan terdahulu, kami tidak memainkan peranan kami dengan berkesan, mengabaikan suara rakyat.

"Mulai sekarang kita akan lebih rendah hati mendengar suara rakyat, berdiri bersama rakyat dan melihat perkara-perkara daripada sudut pandangan rakyat," kata Ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon pada sidang akhbar di ibu pejabat parti hari ini.

Beliau berkata Pemuda MCA tidak akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan.

Tinggal satu kerusi tunggal

Selepas membaca kenyataannya, Chong memimpin barisan Pemuda MCA untuk tunduk membungkuk sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, dua pemimpin Pemuda MCA - setiausaha agung Leong Kim Soon dan naib pengerusi Tan Kok Eng - hanya memandang ke bawah bukannya membungkuk.

MCA mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya lalu, dengan jumlah kerusinya di Parlimen berkurangan daripada tujuh kerusi kepada hanya sekadar satu.

Anggota parlimen tunggal parti itu yang tinggal di Parlimen ialah timbalan presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS