Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr Maszlee Malik menteri pelajaran baru
Diterbitkan:  May 18, 2018 6:51 PM
Dikemaskini: 11:20 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bekas ahli akademik dan pendakwah Dr Maszlee Malik sebagai menteri pelajaran yang baru.

Ini selepas satu hantaran video Facebook berjudul "The Education Minister issue, this is Mahathir's response", perdana menteri berkata beliau tidak akan mungkir janji manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

Manifesto HARAPAN PRU14 jelas menyatakan perdana menteri tidak boleh memegang jawatan menteri kabinet lain, khususnya menteri kewangan.

Mazlee ketika dihubungi Malaysiakini mengakui terkejut dengan pelantikan itu tetapi berjanji akan memberi khidmat yang terbaik.

"Saya tidak menyedari tentang pelantikan itu dan saya rasa ini satu penghormatan.

“Saya akan lakukan yang terbaik berkhidmat kepada rakyat dan negara," katanya.

Mazlee menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Mac lalu dan memenangi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada pilihan raya 9 Mei lalu dengan mengalahkan calon BN, Liang Teck Meng dengan majoriti hampir 4,000 undi.

Maszlee, 44, adalah bekas profesor madya di jabatan sains politik di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Anak kelahiran Johor itu berpengalaman berkhidmat di beberapa badan pemikir dan sering dijemput sebagai panelis atau moderator bagi forum yang membincangkan isu-isu berkaitan politik Islam dan politik Timur Tengah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan senarai kabinet sejak memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS