Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kajian sahkan laman Malaysiakini disekat
Diterbitkan:  May 17, 2018 12:07 PM
Dikemaskini: 4:29 AM

Satu kajian oleh kumpulan pejuang ketelusan digital, Projek Sinar mengesahkan bahawa laman web live.undi.info Malaysiakini telah disekat semasa malam keputusan pilihan raya umum ke-14 diumumkan.

Ia berkata Telekom Malaysia (TM) dan Maxis menyekat laman web itu selama beberapa jam bermula malam 9 Mei menggunakan kaedah yang dikenali sebagai Domain Name Service (DNS) Hijacking.

"Pengumpulan data ujian membuktikan DNS digunakan bagi menyekat sumber bebas keputusan pilihan raya oleh dua rangkaian yang berbeza (TMNet dan Maxis) semasa pengumuman keputusan kritikal pilihan raya Malaysia.

"Walau bagaimanapun, ini tidak menjejaskan keputusan rasmi pilihan raya yang ditangguhkan dan sepadan dengan kemas kini yang lebih cepat di laman web keputusan bebas yang disekat," kata laporan itu yang disiarkan semalam.

Laporan itu menyebut sekatan pertama dikesan pada jam 9.55 malam.

Laman web itu menyediakan keputusan rasmi dan tidak rasmi secara langsung yang diperolehi daripada pelbagai sumber, dan mempunyai lebih dari 1.3 juta pengguna serentak ketika itu.

Walau bagaimanapun, sekatan itu tidak berjaya kerana Malaysiakini membekalkan laluan pintas untuk menyelesaikan masalah berkenaan dan jumlah pembaca terus melonjak.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS