Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Orang ramai tunggu di Subang untuk 'halang' Najib, Rosmah berlepas

Kira-kira 60 orang dan petugas media berkumpul di luar Lapangan Terbang Subang 'menunggu' bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya yang akan berlepas keluar negara dari lapangan terbang itu.

Ini selepas jadual penerbangannya ditular dalam talian, yang menunjukkan bahawa kedua-dua mereka dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu menuju ke Jakarta pada jam 10 pagi ini.

Ini pada mulanya mencetuskan rasa bimbang bahawa Najib dan isterinya akan melarikan diri dari negara itu selepas kekalahan BN dalam selepas pilihan raya umum Rabu lalu.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengannya memberitahu Malaysiakini bahawa Najib hanya ke sana selama dua hari.

Najib juga telah berkata di media sosial bahawa dia akan berehat bersama keluarganya.

Keadaan di lapangan terbang itu menjadi tegang apabila Toyota Velfire dengan tingkap yang sangat gelap muncul di Post 6 lapangan terbang pada jam 9.30 pagi, yang merupakan pintu masuk yang membawa langsung ke Skypark Business Avaiation Centre di lapangan terbang itu.

Ramai mengerumuni kenderaan itu, dengan beberapa orang cuba menjenguk melalui tingkap dan yang lain mahu tahu siapa yang berada di dalamnya. Manakala anggota polis cuba menenangkan keadaan sambil jurugambar akhbar bergegas mengambil gambar.

Ini berlangsung selama beberapa minit sehingga salah satu tingkap itu diturunkan sekejap untuk mendedahkan Ahli Parlimen Arau MP, Datuk Seri Shahidan Kassim, dan dia terus dibenarkan masuk melalui pintu pagar itu bersama dengan kenderaan lain yang dilihat hanya ada pemandunya.

Anggota polis Light Strike Force tiba untuk berkawal di pintu itu pada kira-kira 9.50 pagi, sehingga keadaan kembali tenang pada jam 10.25 pagi.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS