Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: BN sudah lakukan terbaik untuk rakyat
Diterbitkan:  May 10, 2018 12:53 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau dan pasukannya telah melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat sepanjang mentadbir negara ini.

Menurutnya, sejak beliau menerajui negara ini pada tahun 2009, kerajaan sedaya-upaya meningkatkan kualiti hidup rakyat bagi menentukan masa depan lebih baik dan generasi akan datang.

“Lebih tiga juta pekerajaan telah diwujudkan, kemiskinan pada kadar terendah. Ekonomi Malaysia telah kita pacu yang boleh dibanggakan rakyat secara inklusif yang telah laksanakan,” katanya pada sidang akhbar di PWTC, di Kuala Lumpur, hari ini

Walau bagaimanapun, beliau berkata, keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jelas sekali menunjukkan bahawa apa yang ditawarkan BN kurang memberi tarikan kepada rakyat berbanding apa yang dijanjikan pihak lawan.

“Kita sudah lakukan yang terbaik, sesuatu yg kita semua bangga.

“Saya sedar ada juga yang tidak sempurna dalam kita mentadbir negara, tetapi keutamaan saya untuk sentiasa menentukan keselamatan dan kemakmuran rakyat.

“Saya dan rakan-rakan dalam parti menerima keputusan yang dibuat rakyat dan parti BN adalah komited dan menghormati prinsip demokrasi berparlimen,” katanya.

Najib berkata, rakyat sekarang menanti janji-janji yang dibuat oleh gabungan pembangkang itu dipenuhi.

“Saya terima dan rakan-rakan terima keputusan rakyat. I accept the verdict of the people.

“BN komited hormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS