Mempunyai nama besar dan jawatan tertinggi dalam parti nampaknya belum cukup untuk Datuk Seri Dr S Subramaniam mempertahankan kerusi parlimen yang dimenanginya sejak empat penggal lalu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, presiden MIC itu terpaksa mengalah kepada muka baru, R Santhara Kumar, yang bertanding dalam pilihan raya untuk kali pertama.
Santhara Kumar ialah seorang ahli perniagaan.
Seorang lagi pencabar bagi kerusi Segamat ialah calon PAS, Khairul Faizi Ahmad.
Kekalahan dialami Dr Subramaniam itu berlaku hanya dua hari selepas beliau mengumumkan insentif RM4,000 kepada 250 peneroka Felda Palong Timur Dua dan Felda Palong Timur Tiga di Johor.
Santhara ialah pengasas syarikat Masterskill Education Group. Sebelum ini dia menyatakan antara sasarannya menyertai politik ialah untuk meningkatkan taraf pendidikan di negara ini.