Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tak rasmi: Presiden MCA, MIC, Gerakan kecundang
Diterbitkan:  May 9, 2018 9:16 PM
Dikemaskini: 1:54 PM

PRU14 | Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai kecundang di kerusi parlimen Bentong pada pilihan raya umum ke-14.

Menurut laporan Bernama, beliau tewas kepada aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack (HARAPAN-DAP) yang menjadi pencabarnya buat kali kedua.

Liow merupakan anggota parlimen selama empat penggal di kawasan itu.

Sementara itu, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam tewas kepada seorang ahli perniagaan, R Santhara Kumar dari PKR.

Seorang lagi pencabar untuk kerusi itu ialah PAS Khairul Faizi Ahmad.

Kekalahan itu berlaku dua hari selepas Subramaniam, yang juga menteri kesihatan sementara, mengumumkan insentif tanaman semula sebanyak RM4,000 kepada 250 peneroka Felda di Johor.

Sementara itu, Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong dilapor kecundang di Teluk Intan.

Beliau ditewaskan pencabarnya dari DAP Nga Kor Ming dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Malaysiakini cuba mengesahkan bilangan undi yang diperoleh semua calon.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS