DAP mendapat kerusi pertama di Skudai, Johor.
Menurut Bernama, Tan Hong Pin mengalahkan calon MIC Kanan Suppiah, sekali gus mempertahankan kerusi itu.
Dalam pilihan raya umum lalu, DAP menang besar dengan majoriti 18,050 undi.
Pencalonan Tan sebelum ini mencetuskan sedikit kontroversi selepas bekas pengerusi DAP Johor Boo Cheng Hau digugurkan.
Johor antara negeri sasaran Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum kali ini.