PRU14 | Gambar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di hadapan kamera pada hari pengundian hari ini mencuri tumpuan netizen.
Berdasarkan gambar di Twitter, Najib dilihat seperti cuba memasukkan kertas undi untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ke dalam kotak undi bagi parlimen.
Kertas undi berwarna oren adalah untuk kerusi Parlimen manakala kertas undi berwarna kuning adalah bagi kerusi DUN.
Bagaimanapun, Najib memuat naik satu lagi gambar beliau memegang kertas undi ke dalam kotak yang sepadan.
Walaupun posting terdahulu itu telah dipadamkankan, ramai netizen berkongsi gambar berkenaan.
Mereka mengatakan kekeliruan itu mungkin berpunca daripada label salah pada peti undi yang tidak sepadan dengan kertas undi.
Bagaimanapun badan pendesak pembaharuan pilihan raya, BERSIH mengatakan label yang salah tidak akan menjejaskan kiraan kerana undi akan dikira berdasarkan warna kertas undi semasa proses pengiraan.
Najib menjadi anggota parlimen Pekan selama lapan penggal.