Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cikgu Muslimin dan pertarungannya di Sungai Besar

PRU14 | Sejurus sebelum hari penamaan calon, ahli Umno Muslimin Yahya bertindak meninggalkan parti untuk menyertai BERSATU dan seterusnya dipilih sebagai calon gabungan itu di kerusi tersebut.

Walaupun bukan nama yang menjadi sebutan di arena politik nasional, beliau dikenali dan dihormati di kalangan masyarakat Melayu di Sungai Besar, seperti yang diberitahu penduduk tempatan yang ditemui Malaysiakini.

Dikenali sebagai "Cikgu Muslimin", bekas guru yang pernah bekerja sebagai pegawai di Jabatan Pendidikan sebelum dia dipilih menjadi setiausaha sulit kepada Datuk Noriah Kasnon yang menjadi MP Sungai Besar selama tiga penggal.

Sehingga menyertai BERSATU, Muslimin adalah ahli jawatankuasa Umno Sungai Besar dan staf kepada timbalan perdana menteri sementara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

BERSATU bergantung harap kepada reputasi Muslimin untuk mengukuhkan peluangnya di kawasan itu, untuk menarik secukupnya undi dari penyokong BN untuk menawan kerusi tersebut.

Semasa mengadakan kunjungan ke Pasir Panjang pada permulaan kempen pilihan raya, Malaysiakini mengamati bahawa Muslimin menerima sambutan baik dari peniaga dan pembeli.

Ramai yang memberitahunya yang mereka "terkejut" bila dia bertukar parti, tetapi mengangguk tanda faham apabila dia menjelaskan keputusannya itu kepada mereka.

Sejumlah mereka berjanji untuk menyokongnya kerana mereka percaya kepadanya dan tidak kisah mengenai parti yang diwakilinya.

Bagaimanapun, lain pula reaksinya di Kampung Muslimin sendiri - Kampung Desa Permai.

Setiap petang selepas solat Asar, Paimin Sabtu menikmati roti canai dan secangkir teh tarik di sebuah kedai yang menghadap ke sawah padi di Sungai Panjang, Sungai Besar.

Paimin menarik nafas panjang apabila Malaysiakini bertanya mengenai keputusan menantunya itu untuk bertanding sebagai calon HARAPAN-BERSATU.

Paimin, yang telah menjadi anggota Umno sejak berusia 18 tahun, sangat kecewa dengan keputusan Muslimin untuk menyertai BERSATU kerana ia bermakna dia membelakangkan apa yang dilakukan oleh kerajaan BN-Umno untuk kampung mereka.

"Tetapi sudah terlambat untuk mengatakan apa-apa sekarang. Sayang, sayang," kata Paimin sambil menggelengkan kepalanya.

Pada tahun 2016, ketika Noriah terkorban dalam nahas helikopter, Muslimin telah dicadangkan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu tetapi kerusi itu akhirnya ditandingi dan dimenangi oleh Budiman Mohd Zohdi.

Difahamkan bahawa untuk PRU14, nama Muslimin sekali lagi dikemukakan sebagai calon BN untuk kerusi DUN Sungai Panjang. Bagaimanapun, Imran Tamrin - peguam kepada Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Mohd Yunos - sebaliknya menjadi calon.

Begitu juga dengan sepupu Muslimin - Sanusi Hashim, saudara jauhnya, Ismail Mungkrat, kawan di zaman kanak-kanak mereka, Hamid Arbarin yang turut kecewa dengan tindakan Muslimin itu.

Hamid memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun beliau memahami keputusan Muslimin itu, tetapi percaya ia satu kesilapan.

Katanya, dua kali Muslimin tidak terpilih, jadi mungkin dia terlalu kecewa dan mungkin seseorang memujuknya ketika dia dilada kekecewaan.

"Ketika berada dalam Umno, dia menjadi harapan semua orang yang dia akan menjadi pemimpin masa depan. Dia mengetahui semua isu kami kerana dia adalah orang tempatan. Beliau layak sepenuhnya untuk menjadi calon Umno," katanya katanya ketika ditemui di sebuah kedai kopi di kampung itu.

"Tetapi jika dia bukan calon Umno, saya tidak bersetuju," katanya sambil berkata beliau kasihan dengan Muslimin sekarang, kerana apabila "anda membuat keputusan seperti itu, anda tidak boleh berpatah balik."

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS