Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib naik pesawat ‘Hebatkan Negaraku' Air Asia
Diterbitkan:  May 7, 2018 6:51 PM
Dikemaskini: May 8, 2018 5:10 AM

Selepas secara terbuka menyokong dasar Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang "mendahulukan rakyat" syarikat penerbangan Air Asia berindak memaparkan tema manifesto Barisan Nasional (BN) 'Hebatkan Negaraku’ di badan pesawat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengakhiri kempen dua hari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Sabah hari ini, pulang ke ibu negara menaiki pesawat berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), petang tadi.

Selain manifesto 'Hebatkan Negaraku’, pesawat Air Asia juga tertera logo 'dacing' BN.

Pramugari Air Asia juga kelihatan memakai seragam berwarna biru yang juga adalah warna rasmi BN. Secara kebetulan warna merah yang digunakan sebelum ini adalah warna rasmi parti BERSATU pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui Pakatan Harapan menentang BN pada PRU14 ini.

Najib yang tiba di KKIA sebaik selesai program di Kota Marudu kira-kira jam 4 petang tadi, diiringi dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin, sebelum berlepas pada jam 4.45 petang.

Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau melalui sebuah video yang dimuat naik di YouTube milik Negarakru hari ini dilaporkan mengakui secara terbuka menyokong dasar Najib yang disifatkan beliau sebagai "mendahulukan rakyat" dan membantu syarikatnya berkembang.

"Saya selalu berkata kepada kerajaan dan perdana menteri: Dahulukan rakyat, keputusan kemudiannya menjadi mudah.

"Air Asia bermula dengan dua pesawat dan menjadi 230 pesawat hari ini. Daripada 200,000 penumpang, tahun ini kami akan membawa 89 juta penumpang.

"Dan saya percaya perdana menteri mendahulukan rakyat dan membenarkan Air Asia berkembang walaupun terdapat pelbagai bantahan.

"Saya percaya fikir kerajaan dan perdana menteri bukan meletakkan Tony Fernandez, bukan Air Asia terlebih dahulu, bukan GLC lain, tetapi mendahulukan negara ini dan rakyat Malaysia,” katanya," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS