Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Undi parti pilihan sendiri, pesan IGP pada polis
Diterbitkan:  May 4, 2018 6:55 PM
Dikemaskini: 10:59 AM

PRU14 | Anggota polis berhak mengundi untuk parti pilihan mereka, kata Ketua Polis Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau turut memberi jaminan bahawa undi adalah rahsia.

"Kita tidak tentukan parti mana yang mereka perlu undi. Semua undi adalah rahsia dan ini semestinya adalah sesuatu yang kita sentiasa amalkan.

"Mereka (pegawai polis) akan tentukan pilihan mereka, itu hak mereka untuk undi parti yang dipilih," katanya dipetik Star Online.

Fuzi turut mendedahkan polis mempunyai 111,702 pengundi awal dengan 5,660 pengundi di ibu pejabat polis Bukit Aman dan 106,042 pengundi di negeri masing-masing di seluruh negara.

"Proses undi awal dijangka bermula 9 pagi pada Sabtu (5 Mei) dan akan berakhir pada 5 petang.

"Kita telah membuka pusat mengundi di Mes Pegawai Kanan dan Rumah PERKEP di Bukit Aman," katanya.

Fuzi menambah, pusat undi awal juga akan dibuka di setiap ibu pejabat polis di setiap negeri.

Sementara itu, perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa anggota keselamatan memilih BN yang menurutnya sentiasa mengutakan kebajikan mereka.

Najib juga menuduh pembangkang tidak menghargai pengorbanan mereka selain merancang akan mengurangkan perkhidmatan awam sekiranya menang.

Rabu lalu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menulis surat terbuka kepada panglima tentera dan menyatakan harapan agar pegawai tentera boleh mengundi tanpa sekatan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS