Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sejauh mana ‘rezeki’ Juwairiya di Bukit Melawati

Bagi Juwairiya Zulkifli, 33, beberapa siri kejutan adalah pengalaman hidup yang sukar dilupakan sebelum dirinya dinamakan sebagai calon HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei nanti.

Pada hari pencalonan Sabtu lalu, dia "secara tidak sengaja" menjadi calon PKR untuk kerusi DUN Bukit Melawati selepas pendaftaran calon asal parti itu, G Sivamalar, ditolak oleh pegawai pengurus pilihan raya (RO) yang bertugas.

Calon hanya dibenarkan bertanding di kerusi DUN negeri jika alamat rasmi mereka seperti yang tertera di kad pengenalan sepadan dengan alamat di negeri berkenaan. Mykad Sivamalar mencatatkan alamatnya di Pahang, sedangkan beliau mahu bertanding di Bukit Melawati di Selangor.

Secara kebetulan

Selepas kekecohan seketika dan beberapa panggilan telefon kemudian, Juwairiya dijadikan pengganti dan berjaya didaftarkan sebagai calon dalam tempoh sejam yang diperuntukan semasa proses penamaan calon berkenaan.

“Pagi itu, saya datang agak lewat ke pusat penamaan calon, kira-kira jam 9:30 pagi (untuk menyokong Sivamalar).

“Tiba-tiba Sivamalar meluru keluar, pangil-pangil pun (dia) tak dengar. Semua orang tertanya-tanya apa yang berlaku.

“Kemudian saya dapat panggilan telefon (daripada) presiden PKR (Dr Wan Azizah Wan Ismail), dia kata, ‘Ju, pergi sekarang di dewan (penamaan calon) dan ganti Sivamalar, ini rezeki kamu’. Saya kata okay,” katanya.

Sambil mengakui agak kelam kabut dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, termasuk tidak mempunyai surat watikah daripada parti dan juga wang deposit sebanyak RM8,000 seperti yang disyaratkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk calon-calon yang bertanding di kerusi DUN.

“Kawan-kawan yang kat luar semua kumpul, mereka yang bantu. Siapa boleh keluarkan duit
RM8,000 untuk deposit hulur.

“Wang itu berjaya dikumpulkan beberapa minit sebelum tempoh pendaftaran berakhir,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di pusat operasi Bukit Melawati di Kuala Selangor.

Juwairiya juga lega apabila surat watikah pelantikannya yang telah ditaip dan dihantar melalui e-mel pada minit-minit terakhir, diterima oleh RO.

Sudah dua tahun berkhidmat

Seperti kata Dr Wan Azizah bahawa pemilihannya adalah satu rezeki, Juwairiya tidak menafikannya.

Dia mendedahkan bahawa sebelum Sivamalar diumumkan sebagai calon PKR untuk kerusi berkenaan, dirinya berusaha keras untuk menjadi calon Bukit Melawati.

"Saya diamanahkan menjaga kawasan ini dua tahun lalu, jadi saya banyak menghabiskan masa saya di sini. Saya wujudkan pasukan sendiri di sini dan berhubungan dengan penduduk dan ketua kampung di sini. Saya lakukan semua ini dengan usaha sendiri.

"Malam itu apabila senarai -calon diumumkan, saya hampir pasti 90 peratus bahawa saya akan terpilih.Tetapi, mereka tidak umumkan nama saya.

"Ini kejutan buat saya dan rakan-rakan, saya benar-benar tidak menjangkakan sedemikian tetapi menerima keputusan parti," kata Juwairiya sambil mengakui agak kecewa pada mulanya.

Memandangkan kerusi itu sekarang kembali kepada gengamannya, calon kali pertama ini merancang untuk menggunakan pengalaman selama 10 tahun bekerja dengan pelbagai ahli parlimen dan dua kempen pilihan raya lalu dalam usahanya menarik para pengundi.

Mentornya, termasuk Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, penyandang anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan penyandang DUN Sementa, Dr Daroyah Alwi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS