ADS
mk-logo
News
Penahanan 1SA bukan kerana terbabit di Afghanistan

Dewan Rakyat diberitahu hari ini, kerajaan masih menjalankan siasatan ke atas kegiatan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) berikutan penahanan 10 orang di bawah akta Keselematan Dalam Negeri (ISA), yang didakwa turut terbabit mendapat latihan ketenteraan di Afghanistan.

Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin menjawab soalan terhadap usul tergempar pembangkang petang ini di Parlimen yang mempertikaikan penahanan itu disebabkan mereka terbabit dalam peperangan Afghanistan melawan Russia.

Bagaimanapun beliau menafikan penahanan itu disebabkan mereka terbabit dalam peperangan membantu Afganistan menentang Russia., kepada soalan Ketua Pembangkang Datuk Fadzil Noor. .

"Kalau benar, awal-awal lagi kita sudah tangkap mereka, jawab Zainal, bagaimanapun, hujahnya lagi, kumpulan ini pergi lagi ke Afghanistan walaupun pencerobohan Russia sudah tamat."

Terdahulu, Fadzil Noor meminta penjelasan mengenai kedudukan 10 pemuda termasuk ahli PAS, yang ditahan di bawah ISA Khamis lalu.

ADS

Kepada soalan Husam Musa (PAS-Kubang Kerian) yang ingin tahu bila kali terakhir Nik Adli Nik Abdul Aziz pergi ke Afganistan., Zainal berkata perkara ini masih dalam siasatan.

Pengerusi KMM

"Tarikh pemergian ke Afganistan amat mustahak, ia adalah perkara asas, sepatutnya pihak kementerian tahu. Setakat yang saya tahu tidak ada puak-puak Sunni, jangan serabutkan dengan perkara-perkara lain...," soal Husam lagi kepada jawapan Zainal yang menyatakan kumpulan itu sudah berkali-kali pergi ke Afghanistan.

Zainal mendedahkan bahawa Nik Adli telah dilantik sebagai pengerusi KMM dalam satu mesyuarat di Puchong yang disertai 12 orang itu.

Keadaan dewan semakin panas dan Zainal menegur pihak pembangkang yang tidak mahu menerima penjelasan pihak kerajaan dan penyiasatan polis.

Beliau kemudian menyebutkan peristiwa seperti Memali, serangan balai polis di Guar Chempedak, kumpulan Al-Ma'unah, rompakan Hong Leong Bank dan Southern Bank serta membaca nama-nama 10 tahanan yang merupakan pemimpin dan penyokong PAS.

Sementara itu, Datuk Napsiah Omar (BN- Kuala Pilah) berhujah: "Jelaslah dalam PAS ada kumpulan militan yang merancang, melaksanakan ...," sambil merujuk laporan Berita Harian hari ini.

Napsiah berkata berita ini terbongkar selepas rompakan Southern Bank dan meminta pihak berkuasa segera menyiasat isu berbangkit..

"Kalau (memerangi) Russia saya sokong. Selepas itu, apa yang berlaku di Afganistan ialah perang saudara. Sebenarnya anak Nik Aziz itu belajar militan buat apa?," hujah Napsiah.

Husam Musa membantah ucapan Napsiah bahawa surat khabar tidak boleh dijadikan bukti dan tidak dipakai dalam peraturan mesyuarat parlimen.

Jamaludin Jarjis (BN-Rompin) sempat mencelah PAS masih cuba menafikan penglibatan ahli-ahli mereka yang terlibat dengan siri rompakan Southern Bank, Hong Leong Bank dan perkaitan pembunuhan wakil rakyat Lunas, Joe Fernandez.

ADS

Menghina intelek rakyat

Terdahulu, Fadzil Noor memberitahu Dewan bahawa kerajaan tidak akan berjaya seandainya tindakan ini adalah cubaaan kerajaan mengaitkan PAS atau Keadilan atau lain-lain parti dengan aktiviti militan, kerana semua itu adalah tuduhan palsu.

"Mengaitkan semua pelajar yang belajar di Pakistan dengan dakwaan terlibat dengan rompakan semata-mata kerana beberapa individu yang terlibat adalah satu dakwaan menghina intelek rakyat," katanya sambil menyebut dakwaan itu sama seperti menuduh semua komando terbabit dengan rompakan apabila dua tiga orang yang terbabit.

Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) pula berkata selagi kerajaan menggunakan akta ISA, maka undang-undang lain tidak lagi digunakan untuk menahan mereka yang disyaki.

"...kita tidak mahu Kerajaan menggunakan isu ini dengan niat hanya untuk menakut-nakutkan rakyat sahaja," ujar beliau dan berharap kerajaan akan mengumumkan bilangan terbabit dengan golongan militan antarabangsa ini serta dihadapkan ke mahkamah.

Wakil Permatang Pauh-Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menyokong bahawa pihak pembangkang sentiasa terbuka untuk menerima apa-apa dakwaan sekiranya disokong dengan bukti-bukti yang kukuh.

Beliau mengulas terlalu banyak keraguan yang timbul di sebalik penahanan kumpulan mujahidin termasuk penahanan ISA sebelum ini.

"Sudahlah ISA digunakan, para pemimpin membuat ulasan berbaur politik," tegas Wan Azizah mencadangkan kenyataan dan tuduhan liar disekat selagi penyiasatan menyeluruh belum dikemukakan.

Fadzil selanjutnya memberi hujahnya lagi,bahawa sebelum ini kerajaan menahan 10 aktivis Keadilan dan reformasi di bawah ISA kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan pemisah Selatan Thai dan Acheh dan menyediakan senjata untuk menggulingkan kerajaan.

Dua pelajar turut ditahan di bawah ISA, pemimpin termasuk Perdana Menteri menuduh mereka terbabit dengan aktiviti yang mengancam keselamatan negara termasuk punca kebakaran DTC di Universiti Malaya, ujar beliau lagi.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS
ADS
ADS