Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Pegang bendera PKR, tanda BN menang
Diterbitkan:  May 1, 2018 10:09 PM
â‹…
Dikemaskini: 2:20 PM

PRU14 |  Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak mengulas kempen Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dikatakan memasang bendera PKR ke atas sepanduk BN.

Khususnya, para penyokong Harapan telah menggubah poster BN yang memaparkan Najib yang tersenyum dengan kedua-dua tangan yang sedikit didepakan ke atas. Dua bendera PKR diletakkan ke atas kedua-dua tangan Najib.

Ini menjadikan Najib kelihatan seperti memegang bendera PKR, yang merupakan logo biasa untuk Harapan pada pilihan raya umum ke-14.

"Dalam perang kalau bendera di tangan musuh maknanya dah kalah," kata Najib dalam hantaran Twitter hari ini.

Najib memberi maklum balas kepada seorang pengguna Twitter yang berkongsi gambar tersebut yang menunjukkan seolah-olah beliau 'memegang' bendera PKR di kedua-dua tangannya.Pengguna Twitter itu berkata bahawa sesiapa mencetuskan idea itu wajib 'mendapat anugerah'.

Terdahulu hari ini, Najib melawat kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang, menurutnya menunjukkan tanda-tanda baik.

Hampir 1,000 orang hadir untuk majlis minum petang itu.

"Walaupun hujan, penduduk Parlimen Bandar Tun Razak tetap datang begitu ramai.

"Tak muat khemah sanggup berdiri dalam hujan, kesemuanya untuk tunjuk sokongan kepada Barisan Nasional!" Kata beliau dalam suatu lagi ciapan di Twitter.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS