Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rizal berang Chin Tong nak gaduh dengan 'suri rumah'
Diterbitkan:  Apr 30, 2018 8:44 PM
Dikemaskini: 4:01 PM

Pembantu isteri perdana menteri Datuk Rizal Mansur membidas tindakan pemimpin DAP Liew Chin Tong yang cuba membabitkan Rosmah Mansor dengan kempen politik menjelang pilihan raya umum 9 Mei ini.

Katanya, Liew “bacul dan pengecut” kerana mencari pasal dengan Rosmah yang hanya seorang suri rumah dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan pilihan raya.

“Sama seperti isteri mana-mana ahli politik atau calon pilihan raya, Datin Seri Rosmah tidak wajar diserang atau dijadikan bahan kempen mana-mana calon kerana beliau hanya menyokong suaminya.

“Mungkin Tun Dr Mahathir Mohamad dah ajar Chin Tong bahawa tak salah untuk serang isteri pemimpin setelah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah langsung tak kena sentuh mahupun dijentik oleh mana-mana pemimpin BN,” kata Rizal (bawah).



Malam semalam, pihak berkuasa tempatan menurunkan papan iklan yang dipasang calon Liew, calon parlimen Ayer Hitam.


Baca: SPR: Turun papan iklan Rosmah tiada kaitan politik


Papan iklan itu membawa pesan undi untuk Datuk Seri Wee Ka Siong dari MCA bermakna undi untuk perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) suruhanjaya itu mengarahkan penurunan papan iklan berkenaan kerana Rosmah tidak ada hubungannya dengan pilihan raya.

Dalam tulisannya di Facebook, Rizal meminta Liew (bawah)  bertindak matang dan masuk gelanggang pilihan raya “seperti seorang lelaki”.

“Apakah kamu dah jadi begitu bebal, tiada isu atau bahan untuk menyerang Ka Siong atau MCA sampai sanggup menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai umpan menarik perhatian pengundi,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS