Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembantu Liow lapor polis klip video penyokong HARAPAN Bentong
Diterbitkan:  Apr 28, 2018 9:47 PM
Dikemaskini: 1:53 PM

PRU14 | Pembantu menteri pengangkutan sementara Liow Tiong Lai membuat laporan polis hari ini berhubung klip video Facebook yang dikatakan menunjukkan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor berulang kali memintanya menunjukkan MyKad dan memanggilnya sebagai penipu.

Klip video itu dikatakan dirakam penyokong HARAPAN di luar pusat pencalonan bagi kerusi Bentong dan dimuat naik di Facebook calon HARAPAN Bentong Wong Tack awal hari ini.

Menurut laporan, calon HARAPAN sebenarnya meminta calon BN kerusi Ketari, Lau Hoi Keong menunjukkan MyKad kerana mereka mengesyaki Lau, yang juga merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan belum menukar almar pada MyKad yang boleh membuat pencalonannya untuk pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei dibatalkan.

Bagaimanapun, orang ramai di luar pusat pengundian menyangka penyokong HARAPAN menujukannya kepada calon BN Bentong, Liow, seperti yang dilihat dalam video.

Dalam kenyataan media, setiausaha akhbar Liow, Lim Chau Leng menyalahkan Wong dan penyokongnya yang membuat gambaran salah.

"Ini merupakan taktik yang dikesali untuk mendapatkan propaganda murahan. Wong Tack perlu memohon maaf kepada Liow kerana penipuan ini.

"Laungan suara 'Liow Tiong La', tunjuk IC' dan 'penipu' dapat didengar dalam klip video itu.

"Gambaran ini menyebabkan Liow disalahfahami oleh pengguna media sosial yang menyangka Liow tidak bawa kad pengenalan diri (IC) ke pusat penamaan calon," katanya.

"Wong Tack dan penyokongnya yang menyiarkan Facebook Live itu perlu bertanggungjawab kerana memberi gambaran yang salah terhadap Liow," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS