Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri sementara Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri program Bagan Datuk Berzikir yang diadakan di Dewan Perdana Bagan Datuk di Kampung Parit 4, Sungai Sumun di Bagan Datuk, malam ini.

Ahmad Zahid yang berjubah putih bersama kira-kira 2,000 umat Islam sekitar daerah Bagan Datuk mengimarahkan program itu yang turut disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen Al-Hijrah.

Program yang dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta bacaan Yasin itu menampilkan Imam Muda Nuri Ali Al-Bain, Amiril Md Banin dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah bagi mengetuai bacaan zikir.

Turut hadir Pegawai Daerah Bagan Datuk Datuk Hamzah Husin, calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon BN bagi DUN Hutan Melintang Datuk Khairudin Tarmizi,

Program itu diadakan di bangunan Wisma Umno Bagan Datuk yang baru sahaja siap dibina bagi menggantikan bangunan Wisma Umno Bagan Datuk di Simpang 4, Hutan Melintang di Bagan Datuk.

 

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS