Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ironis bendera PKR berkibar sebelum hari penamaan'

PRU14 |  Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi parlimen Petaling Jaya dan bekas pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah mengakui sesuatu yang "ironis" kerana kesalahan pilihan raya telah dilakukan di kawasan yang ditandingi beliau itu

Dua hari sebelum tempoh berkempen bermula, bendera PKR, bersama dengan bendera BN dan PAS, telah dilihat terpasang di sekitar Petaling Jaya.

Menyedari hal tersebut, beliau bagaimanapun menafikan pasukan kempennya bertanggungjawab meletakkan bendera berkenaan.

"Saya fikir mood (pilihan raya) sudah bermula, sesetengah orang meletakkan bendera atas inisiatif sendiri.

"Pejabat saya belum memasang sebarang bendera, tetapi ya saya mengakui bendera PKR pasti ada di sini.

"Sudah tentu ironis, saya tiada jawapan untuk itu," kata Maria ketika ditanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini.

Sebelum ini, beliau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mengecam BN kerana melanggar undang-undang pilihan raya dengan meletakkan bendera sebelum hari penamaan calon selepas tiga wanita ditangkap kerana menurunkan bendera.

Seksyen 24B (4) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan bahan kempen hanya boleh dipamerkan semasa tempoh berkempen, yang bermula selepas hari penamaan (28 April) dan berakhir pada hari mengundi (9 Mei).

 

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS