Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak berbaloi pertahan k'jaan, Puad tinggalkan JASA
Diterbitkan:  Apr 25, 2018 2:34 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Ketua Umno Batu Pahat Datuk Dr Puad Zarkashi meletak sebagai jawatan ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

“Alhamdulillah hari ini hari terakhir saya di JASA. Saya tidak mengubah keputusan untuk meletak jawatan,” katanya.

Dalam kenyataan di Facebook, Puad berkata tindakannya mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi, selepas mendakwa sistem pemilihan calon BN telah rosak.

“Walaupun mempertahankan kerajaan melalui JASA seperti tidak berbaloi tetapi meletakkan jawatan adalah langkah terbaik.

“Terima kasih kepada seluruh staf JASA kerana bekerja sama dengan saya siang dan malam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan dedikasi.

“Maafkan saya kerana memimpin JASA dengan cara yang keras dan tegas. Allah juga yang akan membalas pengorbanan anda semua. Until I win,” katanya.

Nama Puad tiada dalam senarai yang diumumkan BN bagi mempertahankan kerusi Batu Pahat yang pernah dimenanginya sebelum ini.

Sebaliknya Umno memilih ketua wanita bahagian itu Haliza Abdullah sebagai percaturan mereka bagi merampas semula kerusi berkenaan yang dimenangi PKR pada PRU ke-13 lalu.

Sebelum ini timbul spekulasi Puad akan bertanding sebagai calon bebas selepas meninggalkan JASA.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS