PRU14 l Bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad, yang terkait skandal melibatkan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda), digugurkan daripada calon pilihan raya negeri bagi pilihan raya umum kali ini.
Walaupun Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mencalonkan beliau untuk bertanding dalam PRU14, Mohd Isa tidak terpilih sebagai calon di negeri itu.
Mohamad Hasan dilaporkan berkata beliau telah mengemukakan nama Mohd Isa sebagai calon kerana beliau ialah ketua bahagian Umno yang terdahulu yang pernah melayakkan beliau bertanding dalam pilihan raya.
Sebelum ini, terdapat ura-ura Umno mungkin melepaskan kerusi Parlimen Jelebu untuk pertukaran kerusi MIC di Port Dickson, yang sebelum ini dikenali sebagai Teluk Kemang.
Langkah tersebut dilihat sebagai cara untuk membolehkan Mohd Isa bertanding di Port Dickson kerana beliau ialah Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang.
Berikut senarai penuh calon BN di Negeri Sembilan:
PARLIMEN
Jelebu - Jalaluddin Alias
Jempol - Mohd Salim Sharif
Seremban - Chong Sin Woon
Kuala Pilah - Hasan Malek
Rasah - Ng Kean Nam
Rembau - Khairy Jamaluddin
Port Dickson - VS Mogan
Tampin - Shahziman Abu Mansor
DUN
Chenah - Seet Tee Yin
Pertang - Noor Azmi Yusuf
Sungai Lui - Mohd Razi Mohd Ali
Klawang - Baharuddin Jali
Serting - Shamsul Kahar Mohd Deli
Palong - Mustafa Nagoor
Jeram Padang - L Manikam Lecuman
Bahau - Choong Wan You
Lenggeng - Mazlan Maarop
Nilai - Leaw Kok Chan
Lobak - Lim Kok Kean
Temiang - Siow Koi Voon
Sikamat - Samsul Amri Ismail
Ampangan - Abu Ubaidah Redza
Juasseh - Ismail Lasim
Seri Menanti - Abd Samad Ibrahim
Senaling - Adnan Abu Hasan
Pilah - Norhayati Omar
Johol - Saiful Yazan
Labu - Hasim Rusdi
Bukit Kepayang - Mah Kah Yong
Rahang - Yap Sui Moi
Mambau - Hoi Choi Sin
Seremban Jaya - Choong Vee Hing
Paroi - Ghazali Wahid
Chembong - Saiful Bahari Idris
Rantau - Mohamad Hasan
Kota - Awaluddin Said
Chuah - Lim Chin Sui
Lukut - Yeong Con Yu
Bagan Pinang - Hairuddin Abu Bakar
Linggi - Abd Rahman Mohd Redza
Sri Tanjung - Thinalan Rojagapalu
Gemas - Abd Razak Said
Gemencheh - Hisham Mohd Isa
Repah - Pui Kim Swee