Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu sah akan bertanding di parlimen Kota Raja, Selangor.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi AMANAH negeri Izham Hashim dalam acara di ibu pejabat parti serpihan PAS itu di Shah Alam hari ini.

Kerusi itu sekarang disandang oleh Ketua Wanita AMANAH Dr Siti Mariah Mahmud, yang akan berpindah kawasan ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang.

Pengumuman itu dibuat selepas protes pemimpin akar umbi Kota Raja Jaafar Samsudin berjaya diselesaikan dengan baik selepas pertemuan empat mata dengan Mohamad.

AMANAH akan bertanding di lima parlimen dan 10 DUN di Selangor.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS