Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan cincin hanya 'separuh benar', kata Rosmah

PRU14 | Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa Naib Presiden PKR Rafizi Ramli cuba memerangkap dirinya dan suami, Datuk Seri Najib Razak, dalam isu cincin.

Beliau mendakwa penyandang kerusi parlimen Pandan itu hanya memberitahu "separuh cerita yang separuh benar".

Bercakap dalam acara bersama Wanita BN di Lembah Pantai hari ini, Rosmah bertegas beliau hanya melihat cincin itu tetapi tidak membelinya.

"(Anda) tak tahu cerita cincin? Mereka (pengkritik) saya ada cincin tetapi sekejap mereka kata (harganya) AS$8 juta, AS$16 juta, AS$24 juta dan malah AS$86 juta.

"Saya kata mereka lebih baik putuskan berapa harga (sebenar) cincin saya itu...Mereka pun tak tahu," katanya.

Rosmah berkata cincin yang dimaksudkan itu sebenarnya hanya untuk pameran dan tidak dijual.

"Saya pun tengoklah, memang cantik tetapi saya kata 'lebih baik anda simpannya semula'," katanya lagi.


Baca: Tukang emas: Cincin RM24j bukan untuk Rosmah


Rosmah berkata beliau hairan bagaimana Rafizi memperoleh borang Jabatan Kastam ketika cincin itu dibawa masuk tetapi tiada borang ketika ia dibawa keluar.

"Dia nak manipulasi (isu ini) dan kelirukan orang ramai.

"Jadi dia ambil separuh cerita saja...Dia hanya berita separuh kebenaran kerana nak semua rakyat benci Najib dan saya," katanya lagi.

Rosmah sekali lagi menegaskan beliau tidak membeli cincin itu dengan berkata: "Saya tak ada beli cincin itu, memang tak ada."

[Baca berita asal]
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS