Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Isnin ini untuk menyerahkan keputusan sama ada untuk memberikan kebenaran untuk mendengar permohonan penuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia berhubung keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 5 April lalu yang mengarahkan pembubaran sementara parti itu.
Ini selepas hujahan peguam BERSATU yang diketuai oleh Rosli Dahlan (foto, bawah) dan peguam persekutuan kanan Shamsul Bolhassan yang membuat bantahan terhadap kebenaran itu di hadapan Hakim Datuk Azizah Nawawi.
Pada Isnin lalu, BERSATU memfailkan satu lagi semakan kehakiman yang antara lain untuk membatalkan notis Seksyen 14 (5) Akta 1966 yang membenarkan pembubaran sementara parti itu.