Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kastam: Pelepasan GST kepada ECRL manfaatkan rakyat

Keputusan memberi pelepasan GST kepada kontraktor projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dibuat untuk kepentingan rakyat Malaysia, kata Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Subromaniam menyelar laporan media yang disifatkannya sebagai berita palsu dan mempersoalkan sama ada pihak tertentu cuba mengelirukan rakyat berhubung isu itu.

"Saya ingin menegaskan di sini agar janganlah buat berita palsu mengenai pelepasan yang diberikan kepada syarikat ECRL.

"Kita perlu ingat yang akan mendapat manfaat, yang akan dapat faedah adalah rakyat sendiri.

"Tapi bila kita tengok sosial media, saya tak fahamlah sama ada mereka faham isu percukaian atau sengaja nak menimbulkan isu-isu ini untuk mengelirukan rakyat

"Kalau tidak (beri pelepasan) kos akan meningkat, kerajaan terpaksa mengambil pinjaman yang lebih, yang mana akan menambah lagi hutang negara

"Adakah ini yang dihendak oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab itu?" katanya.

Sebelum ini, kontraktor bumiputera mengecam pelepasan GST kepada ECRL dan mendakwa kerajaan memberi keutamaan kepada syarikat luar negara.

Mengulas lanjut, Subromaniam menjelaskan ECRL dimiliki oleh syarikat Malaysia, yang mendapat manfaat paling banyak dari pelepasan itu.

"Kita perlu ingan pemilik sebenar projek ini ialah Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang dimiliki syarikat pelaburan kerajaan.

"Yang mendapat manfaatnya ialah syarikat Malaysia, bukan syarikat China," katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS