Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Tiga puluh pemandu teksi cedera ketika berebut kad bantuan teksi 1Malaysia yang diumumkan perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak di Serdang petang tadi.

Selepas pengumuman itu dibuat di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengedarkan kad itu melalui 60 kaunter di luar kawasan dewan.

Kira-kira 10,000 pemandu teksi yang hadir berasak di kaunter meskipun beberapa kali diminta untuk berbaris.

Situasi jadi bertambah tegang apabila SPAD bertindak menutup pagar besi dan mengumumkan menghentikan pengagihan sementara untuk menenangkan situasi.

Pemandu teksi yang berang dilihat marah pada polis, pegawai SPAD dan petugas RELA yang bertugas di program itu.

Kenderaan ambulans kemudian tiba di tempat kejadian.

Klip video yang rakam individu yang hadir di program berkenaan memaparkan warga emas dan wanita terjatuh sementara pemandu teksi lain terus berebut kad bantuan berkenaan.

Spad telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan 30 pemandu mengalami kecederaan ringan dalam insiden berkenaan.

"Pemandu-pemandu yang terlibat telah menerima rawatan serta-merta, manakala seorang lagi individu telah mengalami kecederaan dan terpaksa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya. SPAD akan menanggung kos perubatan bagi individu tersebut.

"Anggota penguatkuasaan SPAD, PDRM dan RELA telah mengambil tindakan serta-merta untuk mengawal keadaan dan pada jam 7.00 malam keadaan sudah terkawal.

"Insiden yang tidak diingini ini telah berlaku akibat segelintir para hadirin yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan kawalan sistematik yang disediakan apabila mereka masuk ke dewan pengambilan kad," kata kenyataan itu.

Kad bantuan yang diedarkan kepada 67,0000 pemandu teksi seluruh negara itu akan membolehkan pemandu teksi mengisi minyak sehingga RM800 di mana-mana stesen minyak Petronas.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS