Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nur Jazlan: Tak perlu cuti umum 9 Mei
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 11:00 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

PRU14 | Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan hari mengundi pada 9 Mei sebagai cuti umum.

Ini kerana, katanya, undang-undang sedia ada sudah memperuntukkan agar majikan memberi masa yang munasabah kepada pekerja untuk mengundi.

"Tidak perlu isytihar 9 Mei cuti umum untuk benarkan orang mengundi.

"Di bawah Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954), majikan diwajibkan membenarkan pekerja mereka mengundi.

"Majikan juga tidak dibenarkan menakut-nakutkan atau menghalang pekerja mereka mengundi. Hukuman atas kesalahan ini adalah RM5,000," katanya melalui kenyataan di Twitter.

Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), termasuk pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menetapkan hari mengundi pada hari Rabu.

Hari berkenaan kemungkinan memerlukan pengundi yang berada di luar kawasan terpaksa meminta cuti keluar mengundi dan boleh menjejaskan jumlah pengundi yang turun mengundi.

Nur Jazlan menjelaskan, Dr Mahathir sendiri pernah menggunakan strategi sama ketika menjadi perdana menteri.

"Mahathir kritik PRU14 dilakukan pada 9 Mei hari bekerja tapi dia sendiri adakan pilihan raya pada hari bekerja pada 1982, 1995, dan 1999," katanya.

Hari mengundi 1995 dan 1999 jatuh pada hari Isnin, sementara pada 1982 hari mengundi ditetapkan pada hari Khamis.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS