Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Rabu, 9 Mei ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), rata-rata menerima bidasan dan krtikan oleh warga maya.
Sebahagian besar mereka mendakwa pemilihan hari Rabu sebagai tidak sensitif memandangkan ia adalah hari bekerja.
Ramai juga yang mengadu sukar bagi mereka untuk pulang ke kampung halaman kerana terpaksa mengambil cuti yang panjang.
Berikut antara keluhan dan rasa tidak puas warga maya itu.
“Hari Rabu hari kerja... ini buat naya pengundi, saja tak nak bagi ramai yang mengundi,” kata Hairi Hairie.
Allysa ArniCantik pula menulis “Walaupun nampak macam SPR sengaja nak mengelak letak hari mengundi pada hari Sabtu atau Ahad bagi mengelakkan ramain orang keluar mengundi, marilah kita bersama sama, beramai2 keluar mengundi.”
“Potong gaji pun potong la... janji leh (boleh) mengundi wlaupun bos tak bg cuti.... XXXX punyaSPR,” kata Suhairi Mat Apai.
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah hari ini mengumumkan tarikh 9 Mei ini sebagai tarikh pengundian manakala, tarikh penamaan calon pula pada 28 April ini. Sebanyak 14,940, 624 pemilih layak mengundi pada PRU-14 kali ini berdasarkan daftar pemilih Suku Keempat 2017.