Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Penyandang Anggota Parlimen (MP) Dr Tan Seng Giaw digugurkan sebagai calon DAP bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya akan datang.

Dalam pengumuman yang dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Petaling Jaya malam ini, MP Kepong selama lapan penggal itu bakal digantikan MP Segambut Lim Lip Eng.

Sementara itu, bekas speaker DUN Selangor yang baru dibubarkan, Hannah Yeoh akan membuat penampilan pertama bertanding kerusi parlimen dan diletakkan di kerusi Segambut.

Yeoh (gambar) berkhidmat sebagai ADUN Subang Jaya sejak 2008. Beliau dijangka berhadapan dengan calon Gerakan, Raja Sara Petra.

Bagaimanapun, tiga penyandang kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mempertahankan kerusi mereka.

Mereka ialah Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang) dan Teresa Kok (Seputeh).

Tan pada minggu lalu berkata beliau masih berminat mempertahan kerusinya pada PRU14 nanti.

Beliau yang bakal menyambut hari lahirnya yang ke 76 bulan depan menegaskan beliau masih kuat dan berupaya untuk membantu rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih beliau atau sebaliknya.

 

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS