Seorang lelaki telah dirakamkan mencabut dan mencampakkan beberapa batang bendera BN di sepanjang jalan. Video itu kemudiannya menjadi tular di media sosial.
Menurut akhbar The Star, polis sedang menyiasat kejadian tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata tiga laporan difailkan mengenai perkara itu.
"Kes berlaku pada hari Ahad di Jalan Burhanuddin Helmi di Taman Tun Dr Ismail.
"Laporan dibuat oleh orang yang merakamkan video itu, orang yang memasang bendera serta wakil dari Pemuda Umno," katanya.
Mazlan juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu untuk tampil membantu siasatan.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan kerosakan.
Bagi memasang bendera sebelum tempoh kempen, Mazlan berkata kesalahan itu terletak di bawah bidang kuasa majlis tempatan.
Beliau berkata bahawa parti-parti politik memerlukan kebenaran majlis temapatan atau dewan bandaraya sebelum memasang bendera.
Dalam video 41 saat, lelaki berkenaan juga menunjukkan jari tengah kepada individu yang merakamkan gelagatnya itu.
Cari mamat ni ... pic.twitter.com/rSOzf4ke26
— Razlan (@razlanrafii) April 8, 2018