Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pamer gambar pengarah ROS, pengerusi SPR di akhbar dan media sosial'

PRU14 | Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru agar gambar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Suriyati Ibrahim dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dipamerkan di akhbar dan sosial media.

Dr Mahathir berkata, ini kerana kedua-dua mereka merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan "kerja-kerja kotor Najib".

"Kita akan pamerkan di akhbar seluruh dunia, melalui media sosial dan sebagainya, gambar Suriyati dengan apa nama pengerusi SPR (Hashim).

"Biarlah dunia tahu manusia ini kerana dedak atau mungkin lebih dari itu, mereka sanggup menidakkan hak orang Malaysia," katanya pada majlis kutipan dana di Muar hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas tindakan ROS membubarkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sementara dan laporan media yang memetik Hashim didakwa sebagai berkata HARAPAN perlu mendapatkan kebenaran SPR untuk menggunakan logo tunggal untuk kesemua parti komponennya.

Menurut bekas perdana menteri itu, tindakan yang diambil oleh ROS dan SPR itu adalah bertujuan menghalang HARAPAN menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Dr Mahathir juga mengulangi ikrarnya untuk terus melawan meskipun BERSATU atau HARAPAN dikekang.

"Saya cabar Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bawa polis dan tangkap semua orang. Tangkap sembilan juta rakyat Malaysia.

"Hanya dengan cara itu Najib boleh menang pilihan raya, namun ia bukan kemenangan yang sah kerana begitu ramai rakyat Malaysia tidak dapat hak mengundi," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS